When the month of Ramadhan starts , the gates of the HEAVEN are opened and the gates of HELL are closed and the devils are chained . Happy Ramadhan and fasting readers !
Today : 13 July 2013
 MH Stalkers

Tuesday, May 21, 2013

Nervous gilo !

Bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum .

Haiihh , mana perginya adik lelaki aku yang sorang nii . Tadi dah janji nak balik before 6.30pm tapi sekarang nii 2 minit before 7pm bunyi tapak kasut dia pun aku tak dengar . Sebelum keluar tadi punya laa janji dengan aku and mama yang dia akan balik awal . Sebab aku dengan mama ada buat bebepara rules untuk dia . And dia dah agree yang dia akan balik before 6.30pm , dia takkan main bola dalam rumah and dia takkan guna PC dia tuh . Kejam ke buat macam nii dekat budak yang baru 11 tahun tuh ? I don't think so . Cause for me , nii adalah salah satu cara untuk buat dia rajin belajar and dapat increase kan dia punya result untuk next exam . 

Sebenar-benarnya , aku nii tengah menunggu dia bawak balik chocolate yang aku suruh dia beli tadi . Cepat laa balik oii ! Aku dah tak tahan nii , nak chocolate . Kalau tak nanti aku habiskan lauk atas meja tuh baru tau . Ouh , ye ! Baru aku perasan yang aku makan banyak sangat harinih . Mengapakah ? 



Terlalu jauh mukaddimah nii tersasar . Okayy , yang sebenar-benar-benarnya , aku sangat nervous untuk register kolej hari ahad nii . Aku bakal jadi student IIC (International Islamic College) dalam course Pengajian Islam dan Sains Kontemporari . Isnin minggu depan jeh aku dah start orientasi . Dah macam budak baru masuk sekolah jeh , ada orientasi bagai ! Cemane laa aku nak bangun pagi nak siap2 pergi class lagi . Lama sangat dah aku terbiasa jadi kelawar sampai mata jadi macam panda . Semalam aku dah pergi survey-2 tempat tuh , segan gilaa sebab time aku sampai tuh semua student baru habis class . Semua pandang macam apa jeh dengan aku pakai pun tak mengikut etika situ . Memang patut pun laa dipandang sebegitu rupa . Serious aku nervous gilaa dengan suasana baru tuh . Hope tak terlalu lama untuk aku sesuaikan diri nanti . Kali nii aku taknak duduk hostel , penat dah 5 tahun aku duduk hostel , biarlah aku rasakan kelainan sikit bila dah meningkat umur dewasa . Dewasa sangaat ! FYI , aku baru hampir 17 tahun 5 bulan . Waa ~ macam terlalu advance pulak muda-2 masuk kolej .

Minta readers semua tolong doakan yang terbaik untuk si penulis nii . Terima kasih semua .




Till here dulu , assalamualaikum .

Sunday, May 19, 2013

When I said it , I'll did it . InsyaAllah .

Bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum .

Alhamdulillah semalam aku telah dipanggil untuk ditemuduga di UM . Tapi , mungkin itu bukan rezeki aku . Bukan sebab aku tidak terpilih , tetapi disebabkan oleh course yang di offer itu bukan lagi minat aku sekarang . Penat dah rasanya aku menghadap subject pure science untuk dua tahun sebelum nii . Baru aku sedar yang sebenarnya itu bukanlah bidang aku . 

Jadi balik rumah aku pun on netbook kesayangan aku nii , and mula laa survey-2 tempat untuk aku further study . Ada laa beberapa yang aku letakkan dalam pemerhatian , and semalam lepas siap berbincang dengan mama ayah , aku pun dah decide untuk further study di mana ? Nanti akan aku inform bila hari sudah sampai . 

Tamat cerita tentang further study . Masih tidak ada kena mengena dengan tajuk lagi . Next ! 

****************

Sebenarnya aku dah lama tanam hasrat untuk ada online boutique . Tapi itu hanya berangan bagi aku . Ada laa jugak aku share dengan seorang kawan aku nii , Kyra . And kitorang plan untuk jadi rakan kongsi . Hehe , angan-2 remaja . Nak dijadikan story , semalam aku dengan family aku pegi lepak makan-2 dekat burger bakar Abang Burn area Klang before pergi rumah makcik aku . Tetiba datang keinginan nak suarakan impian nii dekat mama . So , sepanjang makan-2 tuh aku pun potpet-2 laa dekat mama tentang plan-2 aku . Ayah terdengar and ayah pun cakap yang dia suka dengan idea dan cara aku berfikir . Waaa ~ Happynya rasa hati time tuh sebab ada yang nak menyokong kita kan . 



Masuk dalam kereta , aku pun sambung lagi bentang plan-2 aku . Mama ayah cakap yang diorang akan support aku apa yang termampu untuk aku jalankan bisnes nii . Aku pun tersenyum memanjang . Hehe .    Tiba-2 ayah cakap , aku nii jenis yang degill . Aku pun tercengang , tak faham apa yang ayah nak maksudkan . Pastuh ayah sambung lagi , ayah cakap aku nii degil sebab apa yang aku nak , apa yang aku cakap mesti aku akan usahakan . Aku takkan duduk diam . Sebab tuh ayah aku yakin yang aku boleh jalankan butik nii and idea-2 aku bukanlah idea kosong . So , bilakah butik nii akan di launch akan di informkan pada readers semua . Aku ada banyak benda yang perlu dibuat sebelum nak start bisnes nii . Lagipun sekarang aku hanya mampu merancang dulu , memandangkan ada lebih kurang 2-3 minggu lagi before aku further study . So , sekarang aku takde masa lagi untuk launch . Tapi insyaAllah aku akan buat apa yang patut dulu before mimpi jadi kenyataan . So , aku harap sangat-2 readers tolonglah doakan yang terbaik untuk masa depan aku nii and jugak online butik yang aku rancangkan . 

Till here dulu , assalamualaikum .

Friday, May 17, 2013

Janganlah kamu bersedih , sesungguhnya Allah bersama kamu .

Bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum .


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi Allah yang indah sangat . MasyaAllah . Sejak aku tamatkan sesi persekolahan harituh , macam-2 dugaan yang Allah bagi dekat aku . Dugaan hidup , dugaan family , dugaan perasaan . Aku nii pulak macam manusia yang tak pernah nak bersyukur  dengan apa yang Allah dah tentukan untuk aku . Manusia kan memang mudah alpa . Astaghfirullahal'adzim . Sekarang baru aku tersedar semula yang dugaan yang datang nii sebenarnya untuk aku berfikir tentang diri aku , untuk aku muhasabah diri dan ubah apa yang tak betul lagi . Ruginya aku rasa sekarang nii , ustaz dan ustazah aku dah tinggalkan banyak bekalan ilmu untuk aku sepanjang aku dekat sekolah dulu tapi kenapa aku tak gunakan bekalan tuh sebaik mungkin . Ya Allah , ruginya aku selama nii . Alhamdulillah kau sedarkan aku cepat-2 sebelum banyak lagi yang menimpa . Tuh laa , orang cakap bila kita ditimpa sebarang musibah , janganlah kita cepat melatah . Buka minda dan berfikirlah . 


Alhamdulillah , Allah kurniakan aku keluarga , sahabat dan kawan-2 yang sentiasa bagi sokongan pada aku . Terima kasih mama , ayah sebab susah payah besarkan akak , abang dan adik-2 . Doa mama ayah yang akak harapkan sangat . Kalau akak ada buat salah silap tegurlah untuk akak ubah . Terima kasih Syara sebab jadi teman yang setia walaupun aku nii tunggang langgang jugak dan banyak susahkan kau selama nii . Terima kasih sebab kau support aku tadi , and aku harap kau dapat yang terbaik lepas nii . Hope kita sama-2 tak putus asa , kita cuba laa apa yang boleh selagi terdaya . 

Time aku online FB tadi sedih jugak rasa hati nii bila tengok kawan-2 share kegembiraan diorang . Tahniah semua . Alhamdulillah jugak , rakan sekelas aku dulu ada b'kongsi ayat yang pernah diucapkan oleh ustaz aku dulu :

'setiap orang ada jalan untuk berjaya , cuma bezanya ada yang lurus macam highway dan ada juga yang bengkang bengkok macam ular kena palu'

Ye , betul laa tuh apa yang ustaz cakap dulu . Just kita nii yang kena think positive and bersangka baik dengan Allah . Alhamdulillah aku tak diuji begitu lama dan sekarang Allah dah tunjukkan aku jalannya , just sekarang terpulang pada aku untuk decide . Ya Allah , aku masih memohon petunjuk mu . Moga kau permudahkan segalanya . Sesungguhnya engkaulah maha pemberi rezeki .



Till here dulu , assalamualaikum .

Wednesday, May 15, 2013

S.T.U.D.Y

Bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum .

Entry yang sebelum nii , kita ada cakap nak tulis entry yang ber-mood gewdikx kan ? *eja gedik pun cenggitu budak nii . Tentang apakah yang gedik tuh ye ? Straight to the point jeh laa eh .

Lately nii kita rajin gila bukak dan baca blog seorang kakak manis yang sudah menjadi isteri orang , tak lain tak bukan : Irine Nadia  . Umur dia sebaya dengan abang kita , 21 but now she's pregnant her first child . Awalnye laa kan . Wait , may I know kalau sekarang nii memang dah jd trend kawin awal ye ? Bagus laa cmtuh . Seniors kita dulu pun ada jugak yang dah berumah tangga . Daripada batch form 5 time kita form 1 tuh sampai laa ke batch tua setahun pun dah ada yang kawin . Haihh , sekolah kitorang dulu kalau dah masuk form 5 subjek yang paling ditunggu ialah : Pendidikan Syariah Islamiah takpun kitorang panggil PSI . Why ? Sebab dalam tuh ada topik pasal perkahwinan . Amboii ! Lepas tuh mula laa mengajar adik-2 dekat dalam dorm pulak pasal topik tuh . *aku tak ajar oke , orang lain . Tambah lagi belajar dengan Ustaz Amin , lagi laa kan . Alhamdulillah , batch aku batch last yang belajar dengan dia . 

Oke , baru aku perasan yang aku dah jauh menyimpang . Macam dah tak nampak point sebenar . Hoii penaip entry , tajuk kata study tapi nii pasal lain pulaak ! Hehe , nampak tak gaya permainan si penaip nii . HAHAHA *evil laugh . Pesanan tuan tanah , abaikan tajuk entry sebenar . Sebenarnya kita nak cakap pasal kak Irine tuh . Untungnya dia sebab masih study dah ada zauj and baby yang akan keluar bulan depan . FYI , dia student course Masscomm yang aku gilakan satu masa dulu . *sekarang pun masih gilakan course tuh lagi . Wedding dia last year pun bole tahan jugak , yela zauj dia pun umur dah berapa kan , lagi tua dari dia . 



I dream of being like her one day soon . Haha *Tak malu giloo ! . Eleyy , orang yang baca nii pun sama jeh kan ? Maluuu , tapi mahu ! Sampai sini dulu entry kali nii . Kita doakan kak Irine selamat bersalin bulan depan and dapat baby yang chumils gila ! 

Till here dulu , assalamualaikum . 


Monday, May 13, 2013

Tak terfikir pulak tittle dia . Haha

Bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum .

Lama laa jugak tak sign-in blogger nii . Story memang ado , tapi si penaip nii semakin hari semakin malas . Teruk betul ! 

Before aku klik dekat ikon shape macam pensel yang colour oren tuh , aku blog walking dulu dekat blog-2 kawan sekolah dulu . Blog Ama , Jijie , and Zakira . Lama betul korang tak update cerita ye ? And sekarang bermula laa cerita aku pulak . 

Since harituh aku tak dapat pegi PWTC atas sebab musabab yang mama dan ayah bagi dekat aku , so harituh aku pun keluar laa pegi Mid Valley dan jalan-2 dan makan-2 dan tengok wayang dan ada laa . Haha . And since ada masa berbaki yang aku pun tak tahu laa berapa banyak lagi nii , aku pun decide untuk menuju masuk ke MPH Bookstore dekat situ . Dan berjaya melilau cari novel . Tak cari banyak pun , satu pun jadi laa . Cik adik comel nii ambik masa yang lama kalau nak menghabiskan satu novel tahu .*Tuiihh , comel sangat lettew !*  Haa , tetiba teringat time form 5 harituh , Konserto Terakhir tuh aku habiskan seminggu sebelum start SPM . Haha . So hasil dari lilau melilau tuh , aku pun cekau laa novel tulisan Areila Sahimi : 2 kali 5 . Oke , campur dengan novel nii , hampir cukup laa bilangan novel yang dah ditulis oleh Areila nii . Ada satu lagi novel dia yang aku tak beli . For me , her writing skills and the way she used to attract readers was awesome . Dia guna konsep komedi romantic untuk novel-novel dia . 


Sedikit ulasan tentang novel nii , bagi aku cerita dia dah berjaya buat aku feeling-2 laa sepanjang baca tuh . Serious aku cakap , sampai aku rasa macam naik darah , sakit dada , semput-2 tau . Konflik dia kali nii kira berjaya laa bagi aku . Nii opinion aku . Sebab aku bukan pembaca novel yang tegar macam orang lain yang dah baca beriban riban novel tuh . Mesti korang dah biasa dengan konflik yang cenggini kan ? 

Hmm , apa lagi ye aku nak story . Takde apa pun . Memang nii jeh laa main focus untuk entry kali nii . Next entry mood gewdik-2  sikit tau . Haha . Takde apa laa , gurau jeh . Tunggu laa nanti .


Till here dulu , assalamualaikum .

Friday, May 3, 2013

Maybe next time .

Bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum .

Take a deep breath and blow it slowly . I hope at this moment I just redha for what had happen this morning . Sorry friends , I broke my promise , takde rezeki kita nak berjumpa . Suddenly I remembered a quote that I used to hear of it when I'm still tittled as a student of an islamic school .

'although they plan , Allah also plans . And Allah is the best of planners' 

That is why we've been taught to say INSYA ALLAH everytime we plan on something . Only if Allah let us to do it , then what we've planned will work . But if otherwise , we have to redha . Ouh yes , another quote that I used to hear of it is 

'but perhaps you hate a thing and it is good for you , and perhaps you love a thing and it is bad for you . And Allah knows'

This morning I watched Assalamualaikum on channel Al-Hijrah , Amin Idris and his partner Fara Adiba also said the same quote . And just now I thought and I confident that there's wisdom behind this . Allah had showed me many clues .

To Syara and Biha , sorry girls . Maybe next time if Allah will us to meet , then we will meet . But if otherwise , just consider that there's wisdom behind this . 



Enjoy your Saturday girls ! Borong banyak-2 buku dekat sana . 

Till here dulu , assalamualaikum . 

p/s : Allah selalu pilih kau yang jumpa dia , tapi bukan aku . Kenapa ye ? Ya Allah , aku mohon petunjuk dari-Mu .
Bihaa , study elok-2 STAM tuh . Gudluck ! 




Sunday, April 28, 2013

Just sharing

Bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum .

Saja jeh sign-in blogger petang nii . Suram dan sedih hari nii . Bukak netbook tak tahu nak buat apa , main type jeh apa-apa . Suddenly datang idea nak baca benda-2 macam trivia pasal kenali diri sendiri . And suddenly jugak terjumpa pasal RAHSIA ANAK KEDUA .

 Since I was a suri rumah dekat rumah nii , so sometimes while I arrange all the clothes I layan tengok Wanita Hari Ini dengan mama kadang-2 but usually I watched it alone laa . I just remembered yang topic harituh pasal simptom anak kedua . Time tengok iklan , memang I dah bookmark dekat kepala otak nii nak tengok sebab dia ada kaitan dengan diri kita sendiri .

 Tapi , the artis jemputan for the segment were Yana and Karl Shafek . Both of them bukan anak kedua tapi dorang bercerita pasal sibling or cousin and jugak pasal kawan dorang yang anak kedua . Dorang cakap yang anak kedua nii tak menyerlah laa dalam masyarakat , and some other bad perception . Yang Karl tuh lagi laa annoyed , sebab dia cakap yang dia memang susah nak kawtim or ber'geng' dengan golongan anak kedua sebab dia rasa yang anak kedua nii macam ada satu perangai yang dia dok berahi bak kata orang ganu . Aisyy , macam sentap jeh kan . Tapi , memang laa tak dapat nak dinafikan memang ada certain things yang dorang cakap tuh betul and ada jugak yang tak berapa kena kalau dorang nak cop semua anak kedua macam tuh . 

So , I'm here to share some info yang I jumpa .



Anak kedua seorang yang :

# Anak yang manja dan dimanjakan , ye ke ? Tak rasanya . Maybe ada certain yang cmtuh tapi tak pada diri nii . Sebab in my family memang The Jojoe yang selalu dilayan macam anak raja .

# Anak Degil , okayy nii memang kita tak nafikan . Tapi ada jugak anak yang keberapa pun yang degil okayy ! Plus , I do think yang anak kedua nii bila dia baik , dia memang baik . Dia akan jadi degil bila ada yang tak kena and nak menegakkan benda yang dia rasa betul . For me , anak kedua nii orang yang suka bersuara , bagi opinion . Bagus laa kan , respon dari anak yang lain tuh ?

# Tak pandai pujuk , ye laa kott rasanya . Tapi kalau dia cuba untuk pujuk kadang-2 mesti dia ada idea kreatif untuk memujuk . Entah laa , kita baca camtuh .

# Setia untuk berkorban , insyaAllah laa . Golongan anak kedua nii dia akan cuba untuk buat apa yang termampu . Dia tak sampai hati tengok orang lain susah .

# Berpegang pada kata-kata , ada orang kata tak reti nak bertoleransi . Tapi , rasanya kitorang tak bertoleransi pada orang yang pijak kepala kitorang laa . Sebab kitorang kan cepat tak sampai hati tapi buat cenggitu pulak , siapa yang tahan ?

# Lembut hati , nii maybe 50-50 laa kott . Tengok situation jugak laa kan . Orang selalu cakap yang kitorang nii tak bole terima teguran . Hmm , ye laa kott . Bukan tak bole terima tapi agak mengambil masa sebab kitorang nii berfikir jugak untuk kebaikan diri sendiri . 

# Berdikari , jyeaaah ! Rasanya memang ye , HAHAHAHA .

# Tak bole terima arahan , hey3 ! Bukan ke kids nowadays memang cenggitu ? Bukan golongan anak kedua jeh tau !

# Pemaaf + Caring 

# Sentiasa  nak nampak kemas  


Tetiba tak larat nak elaborate dua ciri yang terakhir tuh . Semua sebab perut nii mintak diisi , sabar ye perut . 


Till here dulu , assalamualaikum .