When the month of Ramadhan starts , the gates of the HEAVEN are opened and the gates of HELL are closed and the devils are chained . Happy Ramadhan and fasting readers !
Today : 13 July 2013
 MH Stalkers

Tuesday, May 21, 2013

Nervous gilo !

Bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum .

Haiihh , mana perginya adik lelaki aku yang sorang nii . Tadi dah janji nak balik before 6.30pm tapi sekarang nii 2 minit before 7pm bunyi tapak kasut dia pun aku tak dengar . Sebelum keluar tadi punya laa janji dengan aku and mama yang dia akan balik awal . Sebab aku dengan mama ada buat bebepara rules untuk dia . And dia dah agree yang dia akan balik before 6.30pm , dia takkan main bola dalam rumah and dia takkan guna PC dia tuh . Kejam ke buat macam nii dekat budak yang baru 11 tahun tuh ? I don't think so . Cause for me , nii adalah salah satu cara untuk buat dia rajin belajar and dapat increase kan dia punya result untuk next exam . 

Sebenar-benarnya , aku nii tengah menunggu dia bawak balik chocolate yang aku suruh dia beli tadi . Cepat laa balik oii ! Aku dah tak tahan nii , nak chocolate . Kalau tak nanti aku habiskan lauk atas meja tuh baru tau . Ouh , ye ! Baru aku perasan yang aku makan banyak sangat harinih . Mengapakah ? 



Terlalu jauh mukaddimah nii tersasar . Okayy , yang sebenar-benar-benarnya , aku sangat nervous untuk register kolej hari ahad nii . Aku bakal jadi student IIC (International Islamic College) dalam course Pengajian Islam dan Sains Kontemporari . Isnin minggu depan jeh aku dah start orientasi . Dah macam budak baru masuk sekolah jeh , ada orientasi bagai ! Cemane laa aku nak bangun pagi nak siap2 pergi class lagi . Lama sangat dah aku terbiasa jadi kelawar sampai mata jadi macam panda . Semalam aku dah pergi survey-2 tempat tuh , segan gilaa sebab time aku sampai tuh semua student baru habis class . Semua pandang macam apa jeh dengan aku pakai pun tak mengikut etika situ . Memang patut pun laa dipandang sebegitu rupa . Serious aku nervous gilaa dengan suasana baru tuh . Hope tak terlalu lama untuk aku sesuaikan diri nanti . Kali nii aku taknak duduk hostel , penat dah 5 tahun aku duduk hostel , biarlah aku rasakan kelainan sikit bila dah meningkat umur dewasa . Dewasa sangaat ! FYI , aku baru hampir 17 tahun 5 bulan . Waa ~ macam terlalu advance pulak muda-2 masuk kolej .

Minta readers semua tolong doakan yang terbaik untuk si penulis nii . Terima kasih semua .




Till here dulu , assalamualaikum .

Sunday, May 19, 2013

When I said it , I'll did it . InsyaAllah .

Bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum .

Alhamdulillah semalam aku telah dipanggil untuk ditemuduga di UM . Tapi , mungkin itu bukan rezeki aku . Bukan sebab aku tidak terpilih , tetapi disebabkan oleh course yang di offer itu bukan lagi minat aku sekarang . Penat dah rasanya aku menghadap subject pure science untuk dua tahun sebelum nii . Baru aku sedar yang sebenarnya itu bukanlah bidang aku . 

Jadi balik rumah aku pun on netbook kesayangan aku nii , and mula laa survey-2 tempat untuk aku further study . Ada laa beberapa yang aku letakkan dalam pemerhatian , and semalam lepas siap berbincang dengan mama ayah , aku pun dah decide untuk further study di mana ? Nanti akan aku inform bila hari sudah sampai . 

Tamat cerita tentang further study . Masih tidak ada kena mengena dengan tajuk lagi . Next ! 

****************

Sebenarnya aku dah lama tanam hasrat untuk ada online boutique . Tapi itu hanya berangan bagi aku . Ada laa jugak aku share dengan seorang kawan aku nii , Kyra . And kitorang plan untuk jadi rakan kongsi . Hehe , angan-2 remaja . Nak dijadikan story , semalam aku dengan family aku pegi lepak makan-2 dekat burger bakar Abang Burn area Klang before pergi rumah makcik aku . Tetiba datang keinginan nak suarakan impian nii dekat mama . So , sepanjang makan-2 tuh aku pun potpet-2 laa dekat mama tentang plan-2 aku . Ayah terdengar and ayah pun cakap yang dia suka dengan idea dan cara aku berfikir . Waaa ~ Happynya rasa hati time tuh sebab ada yang nak menyokong kita kan . 



Masuk dalam kereta , aku pun sambung lagi bentang plan-2 aku . Mama ayah cakap yang diorang akan support aku apa yang termampu untuk aku jalankan bisnes nii . Aku pun tersenyum memanjang . Hehe .    Tiba-2 ayah cakap , aku nii jenis yang degill . Aku pun tercengang , tak faham apa yang ayah nak maksudkan . Pastuh ayah sambung lagi , ayah cakap aku nii degil sebab apa yang aku nak , apa yang aku cakap mesti aku akan usahakan . Aku takkan duduk diam . Sebab tuh ayah aku yakin yang aku boleh jalankan butik nii and idea-2 aku bukanlah idea kosong . So , bilakah butik nii akan di launch akan di informkan pada readers semua . Aku ada banyak benda yang perlu dibuat sebelum nak start bisnes nii . Lagipun sekarang aku hanya mampu merancang dulu , memandangkan ada lebih kurang 2-3 minggu lagi before aku further study . So , sekarang aku takde masa lagi untuk launch . Tapi insyaAllah aku akan buat apa yang patut dulu before mimpi jadi kenyataan . So , aku harap sangat-2 readers tolonglah doakan yang terbaik untuk masa depan aku nii and jugak online butik yang aku rancangkan . 

Till here dulu , assalamualaikum .

Friday, May 17, 2013

Janganlah kamu bersedih , sesungguhnya Allah bersama kamu .

Bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum .


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi Allah yang indah sangat . MasyaAllah . Sejak aku tamatkan sesi persekolahan harituh , macam-2 dugaan yang Allah bagi dekat aku . Dugaan hidup , dugaan family , dugaan perasaan . Aku nii pulak macam manusia yang tak pernah nak bersyukur  dengan apa yang Allah dah tentukan untuk aku . Manusia kan memang mudah alpa . Astaghfirullahal'adzim . Sekarang baru aku tersedar semula yang dugaan yang datang nii sebenarnya untuk aku berfikir tentang diri aku , untuk aku muhasabah diri dan ubah apa yang tak betul lagi . Ruginya aku rasa sekarang nii , ustaz dan ustazah aku dah tinggalkan banyak bekalan ilmu untuk aku sepanjang aku dekat sekolah dulu tapi kenapa aku tak gunakan bekalan tuh sebaik mungkin . Ya Allah , ruginya aku selama nii . Alhamdulillah kau sedarkan aku cepat-2 sebelum banyak lagi yang menimpa . Tuh laa , orang cakap bila kita ditimpa sebarang musibah , janganlah kita cepat melatah . Buka minda dan berfikirlah . 


Alhamdulillah , Allah kurniakan aku keluarga , sahabat dan kawan-2 yang sentiasa bagi sokongan pada aku . Terima kasih mama , ayah sebab susah payah besarkan akak , abang dan adik-2 . Doa mama ayah yang akak harapkan sangat . Kalau akak ada buat salah silap tegurlah untuk akak ubah . Terima kasih Syara sebab jadi teman yang setia walaupun aku nii tunggang langgang jugak dan banyak susahkan kau selama nii . Terima kasih sebab kau support aku tadi , and aku harap kau dapat yang terbaik lepas nii . Hope kita sama-2 tak putus asa , kita cuba laa apa yang boleh selagi terdaya . 

Time aku online FB tadi sedih jugak rasa hati nii bila tengok kawan-2 share kegembiraan diorang . Tahniah semua . Alhamdulillah jugak , rakan sekelas aku dulu ada b'kongsi ayat yang pernah diucapkan oleh ustaz aku dulu :

'setiap orang ada jalan untuk berjaya , cuma bezanya ada yang lurus macam highway dan ada juga yang bengkang bengkok macam ular kena palu'

Ye , betul laa tuh apa yang ustaz cakap dulu . Just kita nii yang kena think positive and bersangka baik dengan Allah . Alhamdulillah aku tak diuji begitu lama dan sekarang Allah dah tunjukkan aku jalannya , just sekarang terpulang pada aku untuk decide . Ya Allah , aku masih memohon petunjuk mu . Moga kau permudahkan segalanya . Sesungguhnya engkaulah maha pemberi rezeki .



Till here dulu , assalamualaikum .

Wednesday, May 15, 2013

S.T.U.D.Y

Bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum .

Entry yang sebelum nii , kita ada cakap nak tulis entry yang ber-mood gewdikx kan ? *eja gedik pun cenggitu budak nii . Tentang apakah yang gedik tuh ye ? Straight to the point jeh laa eh .

Lately nii kita rajin gila bukak dan baca blog seorang kakak manis yang sudah menjadi isteri orang , tak lain tak bukan : Irine Nadia  . Umur dia sebaya dengan abang kita , 21 but now she's pregnant her first child . Awalnye laa kan . Wait , may I know kalau sekarang nii memang dah jd trend kawin awal ye ? Bagus laa cmtuh . Seniors kita dulu pun ada jugak yang dah berumah tangga . Daripada batch form 5 time kita form 1 tuh sampai laa ke batch tua setahun pun dah ada yang kawin . Haihh , sekolah kitorang dulu kalau dah masuk form 5 subjek yang paling ditunggu ialah : Pendidikan Syariah Islamiah takpun kitorang panggil PSI . Why ? Sebab dalam tuh ada topik pasal perkahwinan . Amboii ! Lepas tuh mula laa mengajar adik-2 dekat dalam dorm pulak pasal topik tuh . *aku tak ajar oke , orang lain . Tambah lagi belajar dengan Ustaz Amin , lagi laa kan . Alhamdulillah , batch aku batch last yang belajar dengan dia . 

Oke , baru aku perasan yang aku dah jauh menyimpang . Macam dah tak nampak point sebenar . Hoii penaip entry , tajuk kata study tapi nii pasal lain pulaak ! Hehe , nampak tak gaya permainan si penaip nii . HAHAHA *evil laugh . Pesanan tuan tanah , abaikan tajuk entry sebenar . Sebenarnya kita nak cakap pasal kak Irine tuh . Untungnya dia sebab masih study dah ada zauj and baby yang akan keluar bulan depan . FYI , dia student course Masscomm yang aku gilakan satu masa dulu . *sekarang pun masih gilakan course tuh lagi . Wedding dia last year pun bole tahan jugak , yela zauj dia pun umur dah berapa kan , lagi tua dari dia . 



I dream of being like her one day soon . Haha *Tak malu giloo ! . Eleyy , orang yang baca nii pun sama jeh kan ? Maluuu , tapi mahu ! Sampai sini dulu entry kali nii . Kita doakan kak Irine selamat bersalin bulan depan and dapat baby yang chumils gila ! 

Till here dulu , assalamualaikum . 


Monday, May 13, 2013

Tak terfikir pulak tittle dia . Haha

Bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum .

Lama laa jugak tak sign-in blogger nii . Story memang ado , tapi si penaip nii semakin hari semakin malas . Teruk betul ! 

Before aku klik dekat ikon shape macam pensel yang colour oren tuh , aku blog walking dulu dekat blog-2 kawan sekolah dulu . Blog Ama , Jijie , and Zakira . Lama betul korang tak update cerita ye ? And sekarang bermula laa cerita aku pulak . 

Since harituh aku tak dapat pegi PWTC atas sebab musabab yang mama dan ayah bagi dekat aku , so harituh aku pun keluar laa pegi Mid Valley dan jalan-2 dan makan-2 dan tengok wayang dan ada laa . Haha . And since ada masa berbaki yang aku pun tak tahu laa berapa banyak lagi nii , aku pun decide untuk menuju masuk ke MPH Bookstore dekat situ . Dan berjaya melilau cari novel . Tak cari banyak pun , satu pun jadi laa . Cik adik comel nii ambik masa yang lama kalau nak menghabiskan satu novel tahu .*Tuiihh , comel sangat lettew !*  Haa , tetiba teringat time form 5 harituh , Konserto Terakhir tuh aku habiskan seminggu sebelum start SPM . Haha . So hasil dari lilau melilau tuh , aku pun cekau laa novel tulisan Areila Sahimi : 2 kali 5 . Oke , campur dengan novel nii , hampir cukup laa bilangan novel yang dah ditulis oleh Areila nii . Ada satu lagi novel dia yang aku tak beli . For me , her writing skills and the way she used to attract readers was awesome . Dia guna konsep komedi romantic untuk novel-novel dia . 


Sedikit ulasan tentang novel nii , bagi aku cerita dia dah berjaya buat aku feeling-2 laa sepanjang baca tuh . Serious aku cakap , sampai aku rasa macam naik darah , sakit dada , semput-2 tau . Konflik dia kali nii kira berjaya laa bagi aku . Nii opinion aku . Sebab aku bukan pembaca novel yang tegar macam orang lain yang dah baca beriban riban novel tuh . Mesti korang dah biasa dengan konflik yang cenggini kan ? 

Hmm , apa lagi ye aku nak story . Takde apa pun . Memang nii jeh laa main focus untuk entry kali nii . Next entry mood gewdik-2  sikit tau . Haha . Takde apa laa , gurau jeh . Tunggu laa nanti .


Till here dulu , assalamualaikum .

Friday, May 3, 2013

Maybe next time .

Bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum .

Take a deep breath and blow it slowly . I hope at this moment I just redha for what had happen this morning . Sorry friends , I broke my promise , takde rezeki kita nak berjumpa . Suddenly I remembered a quote that I used to hear of it when I'm still tittled as a student of an islamic school .

'although they plan , Allah also plans . And Allah is the best of planners' 

That is why we've been taught to say INSYA ALLAH everytime we plan on something . Only if Allah let us to do it , then what we've planned will work . But if otherwise , we have to redha . Ouh yes , another quote that I used to hear of it is 

'but perhaps you hate a thing and it is good for you , and perhaps you love a thing and it is bad for you . And Allah knows'

This morning I watched Assalamualaikum on channel Al-Hijrah , Amin Idris and his partner Fara Adiba also said the same quote . And just now I thought and I confident that there's wisdom behind this . Allah had showed me many clues .

To Syara and Biha , sorry girls . Maybe next time if Allah will us to meet , then we will meet . But if otherwise , just consider that there's wisdom behind this . 



Enjoy your Saturday girls ! Borong banyak-2 buku dekat sana . 

Till here dulu , assalamualaikum . 

p/s : Allah selalu pilih kau yang jumpa dia , tapi bukan aku . Kenapa ye ? Ya Allah , aku mohon petunjuk dari-Mu .
Bihaa , study elok-2 STAM tuh . Gudluck !